Wednesday, August 21, 2013

TIPS SEMASA MENGEPAM - UNTUK HASIL LUMAYAN



TIPS SEMASA MENGEPAM - UNTUK HASIL LUMAYAN
  • Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri.
Source ~ GOOGLe
  • Tenangkan diri - perkara pertama sebelum yang lain adalah perlunya menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu je nak keluar. Jadi, tenangkan diri ya. 
  •  Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.
  •  Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar

  • Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyum dia, suara dia.
  • Berzikir - Bagi yang Islam amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala. 3-in-1 gitu. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang terjadi dengan kuasa Pencipta.

  • Jangan lihat hasil tenusu - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu ye. Buat benda lain, contoh no 5 & 6 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, susu pun malu-malu la nak keluar. 

  • Amalkan mengepam pada selang waktu yang konsisten setiap hari. Contohnya, setiap 4 jam pam.

  • Rajinkan mengepam dengan lebih kerap pada waktu malam. Ini kerana hormon prolactin (yang merangsang penghasilan susu) lebih tinggi pada waktu malam. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan 





my little boy.. iklan sekejap... ^^


Selamat membaca kawan-kawan. 

No comments:

Post a Comment